For decades, Organic acids have been used in commercial compound feeds, mostly for feed preservation, and its application to diets for
Drones have managed to globally perform multiple segments in the economic arena ranging from recreational to
Pengilang produk kesihatan haiwan, penjagaan tanaman, dan kesihatan awam yang dipercayai
ZAGRO memberikan solusi pertanian kepada industri perniagaan tani dengan rangkaian produk kesihatan haiwan, perlindungan tanaman, dan kesihatan awam yang luas dan berkualiti tinggi. Sebagai pengilang dan pembekal produk serta perkhidmatan agrokimia yang telah wujud sejak tahun 1953 dan berkembang ke pasaran dunia di 70 negara, ZAGRO mempunyai rekod prestasi yang baik dalam memberikan perkhidmatan dan membekalkan produk yang cemerlang kepada rakan kongsi.
Mengenai ZAGRO
Selama lebih 70 tahun, ZAGRO telah menyediakan solusi pertanian yang meluas dan berkualiti untuk industri perniagaan tani.
Sebagai pengilang dan pengedar solusi pertanian terkemuka yang membekalkan produk kesihatan haiwan, penjagaan tanaman dan kesihatan awam, ZAGRO telah menapak di lebih dari 70 negara. Antara 70 negara tersebut adalah Malaysia, Filipina, Singapura, Myanmar, Pakistan, Sri Lanka, Thailand, Indonesia, Taiwan, Zambia, dan banyak lagi.
Produk kesihatan haiwan, penjagaan tanaman dan kesihatan awam ZAGRO dihasilkan di fasiliti pembuatan yang canggih, mempunyai akreditasi GMP dan ISO, serta kualitinya dikawal oleh Pacific Lab Services, makmal yang mempunyai akreditasi SAC-SINGLAS dan ISO / IEC 17025: 2005.
Hasil komitmen ZAGRO terhadap kualiti produk dan kepuasan para rakan kongsi, ZAGRO telah dianugerahkan ISO 9001: 2015 dan ISO 22000 untuk pembuatan, perumusan dan pembungkusan semula produk perlindungan tanaman. Ia juga dianugerahi GMP pada tahun 2004 sebagai tambahan kepada akreditasi awalnya, ISO 9002 dan IEC Singlas sejak tahun 1999. Pada bulan April 2010, ZAGRO telah memperoleh Persijilan ISO 22000 yang termasuk Persijilan HACCP untuk semua fasiliti pengeluaran, menjadikannya sebuah kilang Pracampuran Haiwan Pertama di Asia yang dianugerahkan persijilan ini. Pada bulan Jun 2011, ZAGRO memperoleh Kod Amalan FAMI-QS untuk Aditif Makanan Haiwan dan Pengendali Pracampuran – Versi 5.
Komitmen ZAGRO terhadap kualiti produk penjagaan tanaman, kesihatan haiwan dan kesihatan awam adalah setanding komitmennya terhadap perkhidmatan kepada para rakan kongsinya. ZAGRO amat berdedikasi terhadap penjaminan bagi para rakan kongsinya dalam memastikan kesinambungan perniagaan tanpa mengira krisis atau bencana. Oleh itu, pada bulan Julai 2011, ZAGRO telah diperakui dengan Sistem Pengurusan Kesinambungan Perniagaan (BCMS) SS540: 2008 dan BS25999-2: 2007 yang melengkapi kami dengan Rancangan Kesinambungan Perniagaan untuk mengenal pasti risiko dan memastikan kesinambungan perniagaan sekiranya terdedah kepada sebarang bentuk gendala seperti kebakaran, gempa bumi, banjir, atau insiden nasional seperti pandemik.
Selama bertahun-tahun ia telah terbukti sebagai salah satu pemain industri terkemuka yang memenuhi keperluan petani untuk kesihatan haiwan, penjagaan tanaman dan kesihatan awam serta menawarkan penyelesaian yang paling inovatif dan bernilai sepanjang tahun. Pencapaian ini menunjukkan bahawa komitmennya terhadap pemenuhan permintaan pelanggan yang semakin meningkat untuk solusi pertanian yang bertahap tertinggi terhadap produk penjagaan tanaman, kesihatan haiwan, kesihatan awam serta kualiti perkhidmatan.
SUBSCRIBE
NOW